Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Iraq Diseksa Supaya...

BAGHDAD - Pasukan keselamatan di Kurdistan, Iraq, ‘menyeksa kanak-kanak’ untuk memaksa mereka mengaku...

Remaja Dijel Timbang PlayStation...

SEORANG remaja di Perancis dipenjarakan selepas membeli PlayStation 4 pada harga sangat murah...

Beg Kertas LV Jadikan...

SEBUAH beg jenama Louis Vuitton yang disenaraikan untuk dijual pada harga $6 telah menyebabkan...

Calon Lawan BN Kata...

LUNDU - Akhirnya secara rasmi pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu bakal mempertemukan...

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 3.5 meter (m) di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini hingga esok (Selasa).

Met Malaysia dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Agensi itu juga mengeluarkan amaran kategori kedua bagi aktiviti perkapalan ekoran angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5m di kawasan perairan Puket dan Samui, dalam tempoh yang sama.

Keadaan angin kencang serta laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuklah menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – BERNAMA

Kategori