Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Emma Maembong Dibidas...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui prinsip yang diamalkan oleh bapa Emma Maembong iaitu...

Himpunan Rakyat Bersatu Dapat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Perhimpunan Rakyat...

3 Mac: Runtuhnya Khalifah...

TANGGAL 3 Mac 1924 menjadi satu tarikh hitam buat umat Islam dengan jatuhnya...

KOM Bidas Laporan Tak...

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membidas laporan sebuah akhbar tempatan yang mempertikaikan kesahihan rekod baharu kebangsaan 200m...

Anak Mangsa Kemalangan Maut LPT Masih Trauma

KEMAMAN – Kehilangan tiga adik beradik berserta ibu dalam sekelip mata membuatkan Amirul Syafiq Mazlan, 24, mengalami trauma apalagi segalanya berlaku menjelang Aidilfitri.

Amirul Syafiq merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik berkata beliau tidak menyangka pertemuan bersama keluarga pada Rabu lalu adalah yang terakhir bersama ibu dan adik-beradiknya itu.

Kesemua mereka maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran susur masuk Maran Lebuhraya Pantai Timur 1 pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan Hari Raya di Kuala Lumpur.

“ Pagi tadi kira-kira pukul 9 pagi, saya terkejut apabila abah bagitahu Ma (ibu) dan adik-beradik kemalangan di Maran dan Abah suruh saya buat persiapan dan tunggu dekat rumah sementara abah pergi ke hospital untuk uruskan jenazah.

“ Saya tidak ikut Ma dan adik-beradik yang lain pergi mencari kelengkapan raya kerana waktu tersebut saya bekerja… Ma ada bagitahu saya yang mereka hendak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas dan mereka bertolak kira-kira pukul 9 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, Kemaman di sini.

Menurut Amirul Syafiq, ibu dan adik-beradiknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau tingkah laku semasa kali terakhir mereka berjumpa.


Dalam kemalangan maut di kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 dari arah Kuala Lumpur, di Maran itu ibunya Azian Abdullah, 50, kakaknya; Fatin Najwa Mazlan, 27; Fatin Nur Adriana Mazlan, 15, Mohd Danis Najmi Mazlan, 10, maut di tempat kejadian, manakala Fatin Nur Athirah Mazlan, 19, mengalami kecederaan parah dan Mohd Shahrul Ikram Mazlan, 20, hanya mengalami kecederaan ringan.

Dalam kejadian 8.49 pagi tadi, kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dikatakan terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan berdekatan Hentian sebelah Maran.

Kesemua jenazah dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Cheneh, Kemaman, malam ini. – BERNAMA

Kategori