Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kandungan Benzoil Tepung Gandum...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mendapati kandungan benzoil peroksida yang terdapat dalam pelbagai...

Mesra Muslim, MATTA Sasar...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjangka lebih 75,000...

Pemuda PAS Cadang Had...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mencadangkan Kumpulan...

Jangan Biarkan Berseorangan Tangani...

BANDAR BAHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Anak Yatim ‘Ganggu’ Taman Permainan, Restoran

BAGHDAD – Sebuah pusat membeli belah mewah di ibu negara Iraq menerima kritikan hebat, selepas sukarelawan berkata, rombongan mereka yang membawa 25 anak yatim korban perang negara itu tidak dibenarkan untuk masuk.

Jurucakap kumpulan persatuan anak yatim Ruhmaa Benahm, Ibrahim Taha berkata, beliau mahu membawa semua anak yatim terbabit ke sebuah restoran dan taman permainan dalam pusat membeli belah itu sebagai hadiah sempena cuti Aidilfitri.

Katanya, restoran itu sudah ditempah dan dibayar, namun pihaknya tidak dibenarkan masuk.

Kanak-kanak itu berusia antara tujuh hingga 15 tahun. Taha berkata, mereka mungkin disekat kerana tertera nama pertubuhan anak yatim pada tempahan.

“Apabila saya datang dengan anak-anak ini, pengurus enggan membenarkan kami masuk dengan menyatakan ia akan mengganggu taman permainan dan restoran,” katanya.

Kumpulan sukarelawan itu merakamkan insiden terbabit di depan pusat membeli belah Mansour, ia adalah yang terbesar di Baghdad dan dibina pada 2013 dengan kos AS$35 juta (RM139.89 juta).

Video itu dikongsikan hampir 5,000 kali di media sosial. Pengurusan pusat membeli belah itu mengeluarkan kenyataan semalam bahawa pengawal keselamatan hanya meminta mereka menunggu di luar sementara mengosongkan ruang.


“Ia prosedur biasa dan kami terkejut dengan video ini,” menurut kenyataan itu.

Namun, pengguna Twitter dan Facebook yang marah berkata, suhu di luar panas lebih 40 darjah celsius. Hashtag ‘Boikot pusat membeli belah Mansour’ digunakan 15,000 kali dan penarafan pusat membeli belah itu dalam lamannya di Facebook menjunam daripada lima bintang kepada satu bintang dalam masa beberapa jam sahaja.

“Semua negara dunia menghormati wira dan keluarga mereka, pusat membeli belah ini lebih layak diboikot,” kata Ismail al-Khazali di laman persatuan anak yatim itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori