Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dakwa Zahid Untuk ‘Bunuh’...

APA yang berlaku kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada...

100 Penerbangan Dibatalkan Kerana...

FRANKFURT - Hanya kerana salah faham, Terminal Satu Lapangan Terbang Frankfurt Antarabangsa terpaksa...

Kastam Kedah Rampas Mercun,...

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas sejumlah 39,333...

Najib Akan Bincang Zahid...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berbincang dengan...

Ahli Kumpulan Bersenjata Pattani Ditembak Mati

PATTANI – Pasukan keselamatan Thailand menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan bersenjata dalam satu insiden berbalas tembakan awal pagi tadi.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Sulaiman Muhamad, 37, atau ‘Pak Su’ ditembak mati dalam sebuah rumah di Kampung Karubi, daerah Kapo di sini kira-kira 4 pagi tadi (waktu tempatan).

“Lelaki itu ditembak mati selepas berlaku insiden tembak-menembak selama kira-kira 10 minit. Sepucuk senapang patah turut ditemui di sisinya,” kata Ketua Kompeni Renjer ke-44 Kol Phumipat Boonreangkhao di sini, hari ini.

Anggota keselamatan katanya, bertindak mengepung rumah berkenaan dan meminta lelaki terbabit yang berasal dari Resak di Narathiwat untuk menyerah diri, tetapi beliau enggan dan cuba melarikan diri sebelum ditembak mati.

Pihak keselamatan turut meminta bantuan pemimpin tempatan memujuk Sulaiman supaya menyerah diri, katanya.

Ketua Tentera Bahagian Ke-4 Lt Jen Piyawat Nakwanich turut bergegas ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan. – BERNAMA

Kategori