Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mekanik Didakwa Sembunyi Wang...

KUALA LUMPUR — Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

34 Cedera Terkena Letupan...

GOMBAK - Seramai 34 orang cedera akibat terkena letupan mercun ketika sambutan Thaipusam...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHARU - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Johor kekal 45...

JPJ Pantau Pergerakan Trak...

LABUAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) giat memantau pergerakan kenderaan berat komersial yang...

Anugerah Aidilfitri Terindah Amar Baharin, Amyra Rosli

PASANGAN pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli akui sambutan Aidilfitri kali ini memberi seribu satu makna buat mereka apabila berpeluang menyambutnya bersama putera tercinta, Aqeef Anaqi yang kini berusia lapan bulan.

Menurut Amar dan Amyra, sambutan lebaran untuk kali ini sudah pasti memberi kelainan kerana sebelum ini mereka beraya berdua dan bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Namun, tahun ini pastinya berbeza kerana Aqeef bersama mereka untuk berjumpa dengan sanak saudara di sekitar Kuala Lumpur, Semenyih dan juga Pulau Pinang.

“Tidak dinafikan bila tahun pertama menyambut perayaan sebagai parent (ibu bapa), persiapan tentunya dilebihkan pada anak.

“Kami juga teruja untuk membawa Aqeef bertemu sanak saudara. Percaya atau tidak, masih ada lagi saudara mara yang belum pernah bertemu Aqeef lantaran kekangan waktu.

“Jadi kami ambil kesempatan masa hari raya nanti untuk pusing bertemu sanak saudara,” ujar pasangan ini dipetik Sinar Online.

Tambah Amar lagi, disebabkan mereka berdua sama-sama berasal dari Kuala Lumpur, jadi tidak ada masalah buatnya dan Amyra.

Malah dia memberitahu, mereka juga mengambil kesempatan pada cuti Aidilfitri ini untuk membawa keluarga bercuti.


Dalam perkembangan lain, Amyra memberitahu selain kali pertama menyambut Aidilfitri bertiga, lebih istimewa mereka juga dilantik sebagai duta Primavalet dan secara tidak langsung dihadiahkan 30 pasang baju sedondon daripada jenama tersebut.

“Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga dan rezeki anak juga, kami adalah duta Primavalet untuk pakaian keluarga, jadi kami sudah disediakan 30 pasang baju sedondon untuk digayakan.

“Namun ada baju yang sudah kami pakai lebih awal untuk sesi fotografi dan buka puasa sebagainya. Jadi tidak pening untuk fikir pakai baju apa sebab hanya perlu match warna sahaja,” jelas Amyra.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori