Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Pengedar Antara 44...

TAIPING - Enam pengedar dadah dan dua warga asing dari Indonesia dan Pakistan...

Wakil Rakyat Perlu Manfaat...

KOTA KINABALU - Semua wakil rakyat di Sabah perlu memanfaatkan persidangan Dewan Undangan...

Elak Pembaziran, Hotel Guna...

SEBUAH hotel mewah di Switzerland, Hotel Monopol mengambil langkah mempamerkan foto-foto mangsa kebuluran...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 8,392 orang setakat...

APM Lancar Op Bantu Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) melaksanakan Op Bantu bermula esok (13 Jun) hingga 18 Jun ini sempena Aidilfitri bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah atau kecemasan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Azmy Yahya berkata pihaknya akan menugaskan 1,746 anggota dan pegawai di 114 laluan di jalan Persekutuan dan jalan negeri yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

APM juga menugaskan tim perubatan yang bertindak sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) apabila berlaku kecemasan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara tindakan yang akan diambil sepanjang rondaan termasuk memberi rawatan awal jika berlaku kemalangan, membantu pengguna kenderaan yang kehabisan bahan api dan kerosakan kecil, membantu menukar tayar kenderaan serta mengalihkan bangkai haiwan.

Katanya Op Bantu menerima 633 kes membabitkan 1,785 mangsa pada tahun lepas berbanding 504 kes melibatkan 1,206 mangsa menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara pada 2016.


Dalam pada itu, APM juga katanya akan terlibat dengan Op Selamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memantau keselamatan jalan raya pada tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas hari raya.

“Seramai 80 anggota dan pegawai APM akan ditugaskan pada Op Selamat bersama aset seperti ambulans, motosikal peronda serta kenderaan pacuan empat roda 4×4 bagi menghadapi sebarang kemalangan termasuk kejadian pokok tumbang,” katanya. – BERNAMA

Kategori