Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jet Mesir Hancur Pengganas...

KAHERAH - Tentera udara Mesir memusnahkan beberapa kenderaan digunakan pengganas dalam serangan ke...

Dua Hari Menderita ‘Kelakian’...

SEORANG lelaki berasal dari Guangxi, China terpaksa menghabiskan masa dua hari menderita akibat...

Kim Swee Senarai 23...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee...

KJ Sindir Bakal PM...

MUNGKIN isu ini tampak agak remeh tetapi kesannya amat besar apabila ia melibatkan...

APM Tangkap Ular Sawa Seberat 80kg

SUNGAI PETANI – Seekor ular sawa batik seberat 80 kilogram (kg) dan lima meter panjang, ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda di Jalan Sungai Batu, Kampung Sungai Batu, Merbok dekat sini pada 8.30 malam tadi.

Pegawainya Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata APM dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan ular sawa batik itu di kawasan tepi jalan.

Menurutnya lelaki terbabit yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja, terlihat kelibat reptilia terbabit yang cuba melintasi laluan berkenaan lalu menghubungi APM.

“Sewaktu anggota APM tiba di lokasi, ular itu masih berada di tepi jalan namun ia cuba masuk ke kawasan belukar berhampiran…agak sukar untuk menangkapnya memandangkan saiznya yang besar.

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira 18 minit sebelum berjaya menangkap reptilia terbabit sebelum dibawa pulang dan ditempatkan ke dalam sangkar di pejabat APM,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori