Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kedah Catat 14 Kes...

SUNGAI PETANI - Kedah kini mencatatkan 14 kes masalah kesihatan membabitkan cuaca panas...

Anak A.R Badul Mati...

KUALA LUMPUR - Seorang Mejar Komando Kem Sungai Udang dipercayai meninggal dunia akibat...

Calon Perlu Hargai Undi...

KUALA KANGSAR - Semua calon dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang...

Demam Star Wars Kini...

'DEMAM' filem sains fiksyen Hollywood terkenal Star Wars: The Force Awaken semakin memuncak dengan pelbagai...

AS Cuba Halang Turki Miliki Pesawat F-35

PENGHANTARAN pesawat pejuang generasi baharu F-35 ke Turki akan berlangsung pada 21 Jun ini, kata menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu semalam selepas pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo di Washington.

“Turki menolak bahasa ugutan daripada AS dalam isu ini, yang merupakan satu perkembangan tidak konstruktif,” kata Cavusoglu lagi.

Penghantaran pesawat pejuang itu ialah penghantaran bahagian pertama pembelian Turki, salah satu negara sekutu AS yang dibenarkan memiliki pesawat termaju itu.

Satu jawatankuasa AS pada 24 Mei lalu meluluskan satu versi rang undang-undang untuk menyekat Turki daripada membeli pesawat buatan syarikat Lockheed Martin itu.

Pindaan pada Akta Kebenaran Pertahanan Nasional itu yang dibawa oleh dua orang senator dari Parti Demokratik dan Republikan, menolak Turki daripada program F-35 atas alasan penahanan seorang warga AS.

Warga AS tersebut, seorang mubaligh Kristian yang berdepan hukuman penjara 35 tahun, didakwa terlibat dalam terorisme dan perisikan di Turki dan telah ditahan sejak 2016.

Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga cuba dihalang daripada memiliki F-35 kerana mencapai perjanjian dengan Rusia untuk membeli sistem peluru berpandu S-400.

Cavusoglu melahirkan rasa kesal pada AS yang menentang pembelian sistem pertahanan udara S-400 oleh Turki tetapi tidak mahu menjual sistem pertahanan Patriot semasa diperlukan oleh Turki.


“Atas sebab inilah Turki, yang sangat memerlukan senjata tersebut memilih membeli dari Rusia,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya AS nanti memutuskan untuk tidak membenarkan Turki memiliki pesawat F-35, Turki akan membeli pesawat dari negara lain.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Turki Hami Aksoy, Ankara akan memberikan respons sewajarnya sekiranya Washington tidak menunaikan perjanjian menghantar pesawat F-35 tersebut kepada Turki.

Perkembangan ini terhasil akibat pertikaian dan pertembungan politik antara Turki dengan AS melibatkan hubungan dengan Rusia dan isu serantau seperti terorisme Kurdi.

Hubungan kedua-dua negara juga terjejas apabila AS didakwa memberi sokongan kepada kumpulan yang cuba merampas kuasa di Turki pada tahun 2016. – Agensi/Mynewshub.cc

Kategori