Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Pos Laju Raih Perolehan...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd menjangka cabang kuriernya, Pos Laju menyumbang perolehan...

Kasino Di Forest City...

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan...

Video Viral: Bapa Sedih...

LOS ANGELES – Rakaman video seorang bapa amat sedih melihat bayi tunggalnya meninggal...

Zika: Imigresen Johor Beri...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Johor sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan (KKM)...

Asyraf Ingin Perkukuh UMNO Sebelum Bina Semula BN

KUALA LUMPUR – UMNO akan memberi keutamaan kepada aspek pengukuhan parti tersebut dahulu sebelum memberi tumpuan untuk membina kembali kekuatan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemudanya yang baharu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sejarah membuktikan parti komponen yang meninggalkan BN akan kembali menyertai gabungan itu sekiranya UMNO berjaya diperkukuhkan dan diterima rakyat.

Jelas Asyraf, UMNO juga mahu membina persefahaman yang lebih kuat dengan dua parti komponen BN yang masih setia dengan gabungan tersebu iaitu MCA dan MIC.

“Dahulu mungkin kita bersifat menyendiri, Pemuda UMNO, MIC dan MCA bergerak berasingan. Tetapi kali ini kita hendak jalinkan hubungan lebih akrab supaya persefahaman itu dapat dibina dari awal lagi, bukan hanya apabila dekat dengan pilihan raya umum sahaja.

“Tetapi, kita hendak fokuskan kepada pengukuhan dalam sayap Pergerakan Pemuda UMNO dahulu,” katanya memetik laporan portal berita Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baharu, menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pada malam Ahad.

Dalam pemilihan parti yang berlangsung 23 Jun lepas, Asyraf berjaya menwaskan lapan calon lain bagi jawatan itu termasuk bekas Naib Ketua Pemuda, Senator Khairul Azwan Harun serta Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Mengulas mengenai cita-citanya membawa Pemuda ke era baharu, Asyraf menyifatkan beliau mahu bermula dengan membawa pergerakan itu sebagai satu kumpulan sahaja dengan menghapuskan kewujudan kelompok atau faction.

“Saya pergi (bertanding) secara individu. Siapa juga naib dipilih perwakilan, dia ialah naib saya. Hari ini (semalam) saudara Shahril Hamdan, yang telah pun terpilih sebagai Naib Ketua Pemuda, maka hari ini dia merupakan Naib Ketua Pemuda Pilihan saya.

“Begitu juga dengan barisan Exco Pemuda. Kita tidak mahu lagi budaya kelompok, baik kelompok dalam organisasi, pasukan A, B, atau C,” ujarnya.


Dalam pada itu, Asyraf turut memuji pemilihan Pemuda kali ini yang menyaksikan 200 calon menawarkan diri bertanding bagi mengisi salah satu daripada 20 tempat dalam Exco.

Perkara itu dilihat sangat positif memandangkan parti berkenaan sudah tidak mempunyai pangkat atau kuasa dalam Kerajaan Persekutuan yang boleh ditawarkan kepada pemegang jawatan.

Tambahnya, Pemuda di bawah kepimpinan beliau akan memberikan keutamaan yang lebih kepada pengkaderan bakat-bakat baharu, menghayati perjuangan dan aspirasi UMNO serta memastikan mereka semua dipupuk dengan pembudayaan ilmu.

Jelasnya lagi, semua perkara itu perlu diambil perhatian supaya UMNO berupaya menjadi pembawa suara rakyat yang mempunyai kredibiliti yang tinggi.

Dalam masa sama, UMNO akan menjadi parti pembangkang yang berilmu dam memastikan semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Hari ini rakyat perlukan pembangkang yang jadi pengimbang kepada kerajaan masa kini kerana mereka bukan malaikat, mereka manusia biasa, boleh melakukan kesilapan.

“Dan pada masa yang sama kita menyediakan alternatif untuk memberi suara hati atau suara rakyat dalam usaha mengimbang dan menyemak pentadbiran,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori