Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 NGO Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat tiga laporan polis terhadap...

Curi Air: 3 Pengarah...

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, merintahkan tiga pengarah bersama syarikat...

4 Pelajar Ditahan Di...

SIBU - Polis menahan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan enam sebuah kolej...

Bomba Selamat Pendaki Wanita...

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berjaya menyelamat dan membawa keluar...

Asyraf Jadikan Pengislahan Prasyarat Utama UMNO

PENGISLAHAN perlu dijadikan sebagai prasyarat utama untuk melakukan perubahan segera buat ahli dan perwakilan UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengislahan terhadap UMNO perlu dilakukan dengan perancangan dan tindakan untuk memperbaiki apa yang diyakini salah sebelum ini.

“Dalam konteks ini, pengislahan atau pembaikan adalah jawapan paling tepat kepada langkah perubahan yang diinginkan itu,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Memetik ayat 11 surah al-Ra’d, Asyraf Wajdi turut memberitahu pengislahan yang dilakukan perlu dilaksanakan dengan kesungguhan dan sebaiknya.

Berikutan itu, beliau telah menggariskan lima prasyarat utama untuk memacu perubahan iaitu pengkaderan, pentarbiahan, pengukuhan rohani, pembudayaan ilmu dan pembinaan jati diri.

“Semua 5 perkara ini adalah proses pembinaan semula generasi bagi memastikan UMNO dibekalkan dengan pewaris kepimpinan masa hadapan yang berkualiti dan berketerampilan.

“Pemuda tidak boleh lagi dibelenggu oleh budaya lama. Kita perlu keluar dari zon keselesaan. Kebangkitan kita akan dinilai oleh rakyat. Slogan, retorik dan laungan tidak bererti sama sekali jika Pemuda tidak menetapkan azam kita semahunya untuk memacu perubahan ini,” katanya.


Sementara itu, hujung minggu ini UMNO akan menghadapi pemilihan parti yang pertama sejak kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ada yang menyifatkan pemilihan kali ini sebagai ‘ibu’ kepada segala pemilihan UMNO. Tanggapan ini ada benarnya kerana UMNO kini berdepan dengan situasi getir untuk memulihkan parti agar bangkit kembali mengibarkan obor perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

“Penulis bersetuju jika keputusan keseluruhan pemilihan sayap-sayap UMNO pada kali ini menggambarkan keinginan dan keterujaan ahli dan perwakilan supaya UMNO berubah dan meniti jalur perubahan itu dengan pantas dan segera.

“Namun penulis juga berfikiran bahawa perubahan yang didambakan semua pihak kepada UMNO ini perlu disertai dengan satu prasyarat utama iaitu pengislahan,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori