Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Palanivel Terus ‘Kunci Mulut’...

GEORGETOWN - Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel terus bertindak 'mengunci mulut' apabila...

Pelancong Ke Korea Terima...

DAHSYAT sekali strategi pemasaran dilakukan Samsung di negara pembuatannya, Korea Selatan. Hasil kerjasama dengan...

Penggunaan Dron Semasa Perhimpunan...

PUTRAJAYA - Penggunaan dron oleh pihak persendirian dalam sebarang perhimpunan adalah dilarang atas...

Mahathir Tidak Kawal Pakatan...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan...

Asyraf Wajdi Ketua Pemuda, Zahida Ketua Puteri UMNO

KEPUTUSAN rasmi pemilihan UMNO 2018 mengesahkan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memenangi jawatan Ketua Pergerakan pemuda UMNO dan Datuk Zahida Zarik Khan menang Ketua Puteri UMNO bagi penggal 2018-2021.

Akaun Twitter rasmi pemilihan ini mengumumkan dua keputusan ini sebentar tadi.

Asyraf menewaskan tiga calon lain yang mendapat undian, Senator Khairul Azwan Harun, Datuk Mohd Shahar Abdullah, dan Datuk Seri Jamal Yunos.

Kiraan daripada 191 bahagian meletakkan Asyraf jauh di hadapan dengan 73 undi, yang turut diumumkan beliau di akaun Twitternya.

Khairul Azwan, senator dari Perak yang turut dikenali sebagai Azwan Bro pula memperolehi 65 undi.

Setakat ini, dua lagi calon, Mohd Shahar meraih 58 undi dan calon kontroversi Jamal hanya mendapat dua undi.


Pertandingan melibatkan sembilan calon itu menyaksikan enam calon lain tidak mendapat sebarang undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda, Shahril Hamdan mendapat kemenangan besar apabila memperolehi 98 undi.

Pertandingan jawatan Ketua Puteri hanya melibatkan dua calon, Zahida dengan Nor Hazreena Mohamad Hashim. – Mynewshub.cc

Kategori