Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Ron 95 Naik...

HARGA runcit siling bagi petrol Ron 95 dan Ron 97 masing-masing naik 3...

Politik Perpaduan Bukan Kebencian...

MENTERI Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyentuh soal perpaduan dan kasih sayang...

Pengundi Dinasihat Jangan Ikut...

KUALA LUMPUR - Pengundi di Parlimen Titiwangsa diseru agar memilih wakil rakyat dengan...

Malaysia Pantau Serangan Kubu...

KUALA LUMPUR - Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat...

ATM Gagalkan Cubaan Seludup 115 Kg Ketum

PADANG TERAP – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 115 kilogram (kg) daun ketum bernilai lebih RM10,000 di Pos Batu 34, di sini, yang cuba diseludup ke negara jiran semalam.

Panglima Enam Briged, Brigadier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata, daun ketum itu ditemui di dalam semak ketika rondaan pasukan empat Rejimen Sempadan (4RS) jam 9.45 pagi.

“Rondaan diketuai Koperal Nor Johari Ismail bersama tiga anggota menjumpai beberapa bungkusan plastik hitam dan guni putih di dalam semak.

“Kami yakin daun ketum itu ditinggalkan di kawasan semak sebelum diseludup oleh individu lain ke negara jiran.

“Permintaan dan harga yang tinggi di negara jiran menyebabkan kegiatan terbabit terus aktif dan bagi memastikan kegiatan itu dikekang, pasukan keselamatan perlu sentiasa membuat pemantauan dan menjalankan tugas sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, rampasan terbabit adalah yang kedua berjaya dilakukan pasukan 4RS sepanjang mengambil alih operasi dua minggu lalu.


“Rampasan pertama dilakukan pada 7 Jun lalu di kawasan yang sama membabitkan 66 kg daun ketum yang dianggarkan bernilai hampir RM6,000.

“Daun ketum yang dirampas kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut,” katanya. – BH Online

Kategori