Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jemaah Haji Diminta Tidak...

KUANTAN - Bakal jemaah haji diminta tidak menyembunyikan penyakit mereka daripada pengetahuan Tabung...

Lantik 13 Ahli Armada...

KANGAR - Majlis Belia Negeri Perlis membidas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq...

Isu Cerai: Bukan Islam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengekang masalah perceraian atas alasan yang remeh dalam...

Kena ‘Tackle’ Anak Dulu...

SEJAK sah bercerai pada April lalu, pengasas kosmetik Vida Beauty iaitu Dato' Seri...

Awal Jaga Kualiti, Sangkal Dakwaan Letak Harga Rendah

PENGACARA, Awal Ashaari menegaskan dakwaan konon dia mengenakan bayaran murah di sebalik tawaran yang menjadikan mereka sekeluarga sebagai duta produk adalah tidak benar sama sekali.

Memetik laporan BH Online, pengacara popular itu menjelaskan bahawa dia sememangnya menitik beratkan berhubung tawaran yang diterima bagi menjaga jenama produk diwakili mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, saya anggap semua tawaran itu sebagai rezeki bulan Ramadan. Saya sendiri tidak sangka peluang datang bertubi-tubi. Begitupun, tanggapan konon kami mengenakan bayaran murah di sebalik tawaran yang dihulurkan adalah tidak benar.

“Kami menjaga kualiti dengan memilih produk yang berkualiti bagi jaga jenama kami wakili. Sebagai satu unit keluarga, kami saling bantu dengan memberikan sokongan terhadap produk yang diwakili.

“Contohnya, apabila dipilih menjadi duta restoran Secret Recipe, isteri, Scha, dan anak kami, Lara, turut hadir memberi sokongan biarpun hanya saya ditawarkan menjadi duta. Begitulah dengan beberapa produk lain yang diwakili oleh mereka berdua,” katanya.


Dalam pada itu, Awal mengakui tidak menyangka pihak terbabit berminat untuk menjadikan dirinya sebagai wajah restoran sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah mengambil mana-mana duta.

Mengakui dirinya memang suka makanan manis, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata tugas ini semangnya bersesuaian dengan dirinya. – MYNEWHSUB.CC

Kategori