Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Fathia Nangis Di Insta...

GARA-GARA satu demi satu kontroversi yang diasak pelakon Fathia Latiff baru-baru ini, pelakon...

Tidak Tolak F1 Kembali...

SEPANG — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan perlumbaan Formula...

Zahid Hamidi Berpengalaman Luas...

Oleh Nur Syuhada ShamsuddinKUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang...

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi...

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri...

Azalina Bakal Tanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menawardan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung hujung bulan ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook peribadinya, Azalina mendedahkan bahawa beliau sedia mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Jelasnya, rata-rata ahli UMNO masih setia bersama parti dan mengharapkan perubahan yang drastik berlaku dalam parti keramat tersebut.

“Justeru bagi bersama-sama dalam membina semula parti yang dicintai ini, maka saya Azalina Othman Said dengan penuh rasa tanggungjawab menawarkan diri sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam Pemilihan Sesi 2018-2021,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan demografik dalam landskap politik hari ini memerlukan kerja keras daripada semua peringkat dalam mengembalikan serta membina semula UMNO.

Justeru, Azalina menyifatkan bahawa beliau akan memastikan suara akar umbi menjadi formula penting dalam setiap tindakan dan keputusan dalam parti.

Tambahnya, kealpaan UMNO dalam menilai suara akar umbi pada PRU lalu memberi kesan yang besar kepada parti seperti yang dapat dilihat dalam pilihan raya umum yang lalu.

“UMNO perlu bertindak sebagai saluran kepada suara akar umbi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diperjuangkan dan dibela.

“UMNO kini sebagai pembangkang, perlu menggalas tugas itu dengan menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan,” ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Azalina berpendapat bahawa parti tersebut juga perlu membentuk dimensi baharu bagi memastikan UMNO kekal relevan dalam arena politik negara.

Tambahnya, biar pun berdepan cabaran yang besar ketika ini, UMNO seharusnya menampilkan kematangan politik supaya lebih dihormati oleh kawan serta lawan.

Justeru, beliau mencadangkan supaya parti itu mewujudkan sebuah institut kajian politik bagi memperhalusi isu semasa rakyat terutama isu yang menyentuh masyarakat Melayu.

“Saya percaya pemilihan kali ini mampu menjadi pemulaan yang baik kepada perubahan UMNO yang lebih gemilang.

“Sehubungan itu, saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang akan diberikan dan berjanji akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya sekiranya diberi kepercayaan,” jelasnya.

Selain Azalina, pemimpin UMNO lain yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti antaranya Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alia. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori