Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Google Matikan Aplikasi Di...

SAN FRANCISCO - Alphabet Inc. Google, semalam melaporkan ia bakal mematikan aplikasi iPhone...

Azmin Mulakan Tugas MB...

SHAH ALAM - Azmin Ali memulakan tugas pertama sebagai Menteri Besar Selangor yang...

Pencarum Bukan Islam Pun...

KUALA LUMPUR - Simpanan Syariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mula...

Jubah Abang ‘Sado’ Dikritik...

SEJAK beberapa tahun ini, fesyen baju tradisional lelaki mula bawa angin perubahan apabila pelbagai...

Aziah Atan Mahu UMNO Sealiran Generasi Muda

KETUA Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi mahu mengangkat suara dan idea pemuda jika dia berjaya dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipertandingkan.

Menurut Sinar Harian, Aziah Atan menawarkan diri bertanding dalam jawatan tersebut dan mahu UMNO mengangkat idea generasi muda.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Felda Bukit Aping Barat berkata UMNO yang kini berdepan saat getir perlu dipertahankan oleh pewaris-pewaris muda.

Tindakan tersebut sebagai salah satu inisiatif mengukuhkan kedudukan parti tersebut dengan penglibatan ramai golongan muda.

“Keputusan ini diambil di saat UMNO hilang kuasa pemerintahan. Atas dasar semangat juang dan kesetiaan kepada parti yang menjadi pegangan saya sejak layak menyertai parti politik.

“Agenda utama untuk berada di kerusi Majlis Tertinggi UMNO adalah dengan sasaran mahu meremajakan UMNO, mengangkat suara muda wanita, mengukuhkan suara generasi baru dan mentransformasikan idea golongan muda,” katanya.

Beliau juga berhasrat membawa suara generasi muda Felda dalam usaha terus memartabatkan pembangunan Felda dalam kepimpinan tertinggi UMNO.


Pengalaman yang dimiliki oleh Aziah harap dapat diaplikasikannya melalui usaha memulihkan dan mengukuhkan kembali UMNO.

“Organisasi merupakan gabungan sejumlah orang yang saling bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Keterlibatan seseorang dalam organisasi baik yang berbentuk organisasi formal mahupun informal.

“Dengan ini saya memohon di peringkat bahagian seluruh Malaysia memberi undian, ruang dan peluang kepada saya di dalam organisasi kepimpinan UMNO Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori