Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kecewa Tak Dibayar Gaji,...

KECEWA tidak dibayar gaji, seorang pekerja asing warga Myanmar nekad mengelar lehernya dengan...

Pemusnahan Warisan Budaya Suatu...

PARIS - Warisan budaya yang semakin banyak dimusnahkan akibat pergolakan sosial, agama dan...

Penduduk Mahu Kilang Ais...

SHAH ALAM - Penduduk Pangsapuri Seri Era di sini, yang terletak kira-kira 250...

Paul Stadlen Pemegang Permit...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr....

Bapa, Anak Ditahan Bersama Rokok Seludup, Makanan

PADANG BESAR – Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar menahan seorang bapa dan anak lelakinya selain merampas rokok seludup serta makanan dan minuman yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bernilai lebih RM84,000 di sebuah rumah di sini, semalam.

Komander AKSEM Perlis, DSP Syed Basri Syed Ali berkata hasil maklumat risikan, sepasukan anggota diketuai Inspektor Nik Md Narzi Nik Sukri menyerbu rumah tersebut di Kampung Tersusun yang dijadikan kedai runcit kira-kira 5 petang.

“Rokok jenama John dan Surya berjumlah 1,320 kartun bernilai RM23,000 serta cukai ditaksirkan RM38,840 disembunyikan dalam dinding yang dibina khas dan dilindungi dengan kabinet kayu. Taktik ini membuatkan sesiapa pun tidak dapat menghidu taktik dua beranak itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata pasukan itu turut merampas 1,800 botol ubat batuk jenama ‘dynadryl syrup’ bernilai RM18,000 serta 701 botol minuman bertenaga jenama M150, bahan perencah makanan dan pelbagai jenis sos yang tidak mendapat kelulusan KKM bernilai RM4,258.

Syed Basri berkata pemilik rumah berumur 53 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Anaknya yang berumur 30 tahun pula akan didakwa bagi kesalahan memiliki rokok yang belum lulus kastam mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 manakala bagi kesalahan memiliki ubat batuk pula mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 iaitu memiliki, mengawal dan menjual tanpa lesen.

Katanya semua kes masing-masing akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Jabatan Farmasi KKM Perlis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori