Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sentuh Bahu Aliff Syukri,...

PENGASAS kosmetik, Joy Revfa teruk dikritik terutama di media sosial selepas sekeping gambar...

Bruce Selesai Transformasi Jadi...

SELEPAS membuat pengumuman mengejutkan mahu menukar identitinya daripada seorang lelaki kepada wanita beberapa bulan...

Fazura Nampak Masa Depan...

PELAKON, Fazura mengakui beliau sememangnya seorang yang 'degil' dan perkahwinan bukanlah satu keutamaan...

Hanya Dengan RM5,000 Dapat...

Kuala Lumpur - Dia memperkenalkan diri sebagai seorang sheikh dari Iraq yang berpangkat...

Bapa Michael Jackson Meninggal Dunia

AJAL… Bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson yang juga pengasas kumpulan Jackson 5 meninggal dunia pada usia 89 tahun, menurut laporan media, semalam.

Laman web hiburan TMZ dan ET melaporkan, Jackson meninggal dunia pada pagi Rabu di Los Angeles, Amerika Syarikat selepas bertarung dengan kanser.

Waris keluarga tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta untuk memberikan komen tetapi Jackson memberikan isyarat kematiannya menerusi laman sosial Twitter dua hari lalu.

“Saya melihat matahari terbenam lebih banyak daripada apa yang pernah saya lihat. Matahari terbit pada waktunya dan sama ada anda suka atau tidak ia akan terbenam bila tiba waktunya,” tulisnya.

Mendiang seorang bapa yang tegas kepada 11 orang anak, pernah bekerja sebagai tukang besi di Gary, Indiana tetapi mencipta sejarah muzik apabila menjadi pengurus berjaya selepas menubuhkan The Jackson 5 yang terdiri daripada anak-anaknya.


Anaknya yang paling terkenal Raja Pop Michael Jackson pernah mengalirkan air mata menceritakan kisah dipukul bapanya dengan tali pinggang sewaktu kecil dan secara terbuka memaafkannya seperti yang ditulis dalam wasiatnya. – AFP/BH ONLINE

Kategori