Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peket Rokok 10 Batang...

KUALA LUMPUR - Cadangan pengenalan semula peket rokok 10 batang adalah langkah yang...

QDF Sedia Kerjasama Malaysia...

DOHA – Dana Pembangunan Qatar (QDF) sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memantapkan lagi...

Kulim Sasar 500 Pengikrar...

KULIM - Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan bersempena dengan Minggu Kesedaran Pendermaan...

SPRM Mahu Penduduk Labuan...

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penduduk Labuan untuk bekerjasama dengan...

Bayar Royalti Minyak Terus Kepada Negeri

KERAJAAN Persekutuan bersetuju beri wang royalti minyak secara terus kepada negeri yang berkaitan termasuk yang dikuasai pembangkang.

Menteri Besar Terengganu, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun kadar peratus bayaran royalti minyak itu akan ditentukan dan dimaklum kerajaan Pusat kemudian.

“Sebelum ini wang berkenaan diberi kepada agensi pusat negeri dalam bentuk jabatan pembangunan persekutuan contohnya.

“Tetapi kali ini akan diberi terus kepada kerajaan negeri, tidak kira negeri itu ditadbir parti mana,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya, hari ini.

Isu penyaluran royalti minyak terus menjadi perhatian ramai apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar hasil bumi itu.


Mengulas lanjut Ahmad Samsuri berkata, kadar royalti yang akan dibayar sekurang-kurangnya lima peratus. – myMetro Online

Kategori