Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Tolak Sekeras-Kerasnya ISIL

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan oleh Islamic State...

SPR Perlu Jamin Hak...

JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan kebimbangan mengenai hak mengundi kira-kira 200,000...

Bapa Tiri Mangsa Dera...

BESUT - Bapa tiri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Felda Tenang, Hulu Besut, direman tujuh...

Permohonan Ketepi Prosiding Komital...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 9 Januari tahun hadapan bagi...

Bayi Cacat Pada Usia Empat Hari Akibat Kecuaian

ZHUMADIAN – Sekumpulan doktor di China bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.

Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.

The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.

Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.

Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi.


Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah.

“Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan,” katanya. – mStar Online

Kategori