Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Warga Emas Hilang...

SIBU - Seorang lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala di sungai...

Remaja Suspek Kes Samun...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang remaja lelaki dipercayai terlibat kes samun kedai...

Beri Mandat Kepada BN...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India memberi...

SPRM Tubuh MESPR Di...

LENGGONG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan Majlis Eksekutif Sekretariat Pencegahan...

Bayi Dicampak Dari Tingkat 2 Dilaporkan Semakin Stabil

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki yang kritikal selepas dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang dekat sini semalam, dilaporkan semakin stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt. Mohd Sabri Abdullah berkata bayi berkenaan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Kajang.

“Difahamkan bayi yang kritikal itu semakin stabil dan sedang dirawat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemukan oleh seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang untuk siasatan.


Wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori