Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Letupan Sebuah Kedai Di...

HANGZHOU - Dua orang disahkan terbunuh manakala 55 yang lain cedera dalam satu...

Malaysia Cadang Penubuhan Bank...

HANOI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan...

2 Suspek Ditahan Berkait...

KOTA KINABALU - Polis menahan 2 suspek lelaki, termasuk seorang warga asing bagi...

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR : Aliran trafik keluar dari Lembah Klang melalui beberapa lebuh raya...

Beckham Mahu Amerika Utara Hos Piala Dunia 2026

BEKAS kapten skuad bola sepak England, David Beckham tampil menyokong rantau Amerika Utara untuk membida tuan rumah bagi Piala Dunia 2026.

Beliau menerusi rakaman video yang dikeluarkan oleh Major League Soccer menjelaskan bahawa kejohanan yang dianjurkan bersama di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi sangat menarik.

Komen itu disiarkan lapan hari sebelum anggota Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengadakan pertemuan di Moscow, Rusia untuk memutuskan antara tawaran yang diketuai AS dan Maghribi.

Menurut bintang berusia 43 tahun itu, kejohanan bola sepak yang besar seperti Piala Dunia sepatutnya berada di tempat yang hebat dan jika AS, Kanada dan Mexico mendapatkannya, ia akan mengujakan.

Beckham, yang bermain untuk Manchester United, Real Madrid dan Paris St. Germain sepanjang kerjayanya juga menghabiskan masa enam musim dengan Los Angeles Galaxy dan kini memiliki sebahagian sahama Inter Miami.


Kelab baharu berpusat di Florida itu bakala menyertai MLS pada 2020. Miami merupakan salah satu daripada 14 bandar tuan rumah yang dicadangkan untuk Piala Dunia 2026 yang menggunakan format 48 pasukan.

Kali terakhir temasya berprestij itu dianjurkan lebih daripada sebuah negara sebagai tuan rumah ialah pada tahun 2002 yang melibatkan Korea Selatan dan Jepun. – Mail Online UK

Kategori