Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pekebun Sawit Mengaku Tak...

KLUANG - Seorang pekebun kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah...

Kuasa Barat Mahu PBB...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Perancis, Britain dan Amerika Syarikat (AS) mahu jawatankuasa Majlis...

‘Saya Lihat Bas Terbang’...

MUAR - "Saya lihat bas terbang," kata seorang mangsa yang terselamat dalam nahas...

Rakyat Malaysia Selamat Gempa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Bekalan Ikan Di Kelantan Cukup Menjelang Aidilfitri

PASIR PUTEH – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan di Kelantan mencukupi sepanjang musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Pengarah LKIM Kelantan, Azib Yaacob.

Beliau berkata sebagai persiapan, sebanyak 700 tan ikan disediakan untuk memenuhi keperluan itu.

“Dua syarikat iaitu Gelombang Utama Sdn. Bhd. dan Far Frozen Sdn. Bhd. yang beroperasi di Tok Bali di sini mempunyai stok simpanan pelbagai spesis ikan bagi memenuhi permintaan pengguna,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Azib berkata sekiranya bekalan ikan masih tidak mencukupi pihaknya akan mengimport ikan dari Thailand dan dijual kepada pengguna pada harga berpatutan.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan permintaan terhadap ikan akan meningkat berikutan kepulangan ramai perantau ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. – BERNAMA

Kategori