LABUAN – Bekas senator Labuan, Datuk Yunus Kurus, 71, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini (Rabu).
Pemimpin veteran UMNO Labuan itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9.45 pagi berikutan menghadapi komplikasi jantung.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Dayang Pungut Abdul Jalil dan empat orang anak.
Allahyarham Yunus memegang jawatan senator selama dua penggal iaitu pada perlantikannya pada 2011.
Allahyarham juga memegang jawatan pemangku ketua UMNO Labuan dan pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.
Jenazahnya akan diterbangkan ke Labuan dan dijangka dikebumikan hari ini. – BERNAMA