Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KLIA Kritikal Masih Kurang...

PAGI Jumaat sehari sebelum cuti penggal pertama persekolahan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Tular Calon Lawan Konon...

KANTOI... Tindakan netizen propembangkang menularkan berita kononnya calon Parti Warisan Sabah (Warisan) maut...

Lelaki Dipenjara Seumur Hidup...

PANAMA CITY - Seorang lelaki berusia 27 tahun kini terpaksa menghabiskan sepanjang hidupnya...

3,361 Lagi Kes Baru,...

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat laporan sebanyak 3,361 lagi kes semalam,...

Beri Laluan Ku Li Sebagai Presiden UMNO

GUA MUSANG – UMNO Bahagian Gua Musang mahu kepemimpinan parti itu memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk memegang jawatan Presiden tanpa melalui pertandingan.

Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Nozula Mat Diah, berkata hanya pemimpin veteran itu sahaja boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat dan mengukuhkan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, sebagai pemimpin yang berpengalaman dan ‘bersih’, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li boleh diterima ahli semua peringkat umur.

“Saya amat yakin dengan kemampuan Ku Li memulihkan kembali UMNO yang kalah teruk dalam sejarah perjuangan parti bertanding PRU,” katanya di sini, hari ini.

Nozula yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh turut menyifatkan kunjungan pemimpin UMNO peringkat pusat ke kediaman Ku Li di Kuala Lumpur, petang semalam, sebagai tanda positif.

Walaupun Tengku Razaleigh belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, katanya, UMNO Bahagian Gua Musang sentiasa memberi sokongan kuat.

“Mungkin ada sesuatu yang beliau (Ku Li) sedang fikirkan sebelum membuat keputusan… kita tunggulah keputusan terbaik daripadanya nanti,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO bahagian, Mohd Syahbuddin Hashim sependapat dengan Nozula dan menganggap hanya Tengku Razaleigh pemimpin paling layak menerajui UMNO.

Beliau berkata, usia Tengku Razaleigh yang melebihi 80 tahun masih memperlihatkan pemimpin itu berbisa untuk menguatkan parti termasuk menarik sokongan ahli muda.

“Kita di bahagian pun sentiasa menerima tunjuk ajar daripada pemimpin veteran itu kerana banyak ilmu politik boleh dipelajari,” katanya. – BH Online

Kategori