Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Pesawat Khusus MAS Bagi...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan khusus Malaysia Airlines bagi membawa jemaah Haji dan...

Indonesia Bakal Keluar Fatwa...

JAKARTA - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengumumkan pihaknya bakal mengeluarkan fatwa mengisytiharkan penyebaran...

SPRM Terbit Buku Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan buku berkaitan pencegahan rasuah...

VPCM Lancar Akademi Automotif...

KUALA LUMPUR - Akademi Automotif Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) yang baru ditubuhkan bertujuan melahirkan tenaga kerja teknikal bertaraf global, mampu menangani...

Bernas Bersedia Jika Monopoli Dikurangkan

KUALA LUMPUR – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi mencari kaedah terbaik dalam mengendalikan sektor pengeluaran beras negara sekiranya cadangan mengurangkan monopoli Bernas dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernas, Ismail Mohamed Yusof berkata bagaimanapun beliau berpandangan sistem sedia ada mencapai matlamatnya kerana sejak penubuhan Bernas tidak timbul isu mampu diri selain harga beras di negara ini antara yang terendah di rantau ini.

“Bagi saya sistem ini berhasil. (Namun) Jika kerajaan mahu memecahkan monopoli kami akan bekerja bersama mereka dan lihat apa yang terbaik untuk negara dan paling penting untuk rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Menara Ilham, di sini hari ini.

Ismail juga menegaskan peranan Bernas dalam ekosistem pengeluaran beras negara masih relevan kerana sejak penubuhannya syarikat itu tidak pernah gagal memberi sokongan kepada pesawah.

“Jika pesawah keluarkan padi berpenyakit, kami masih beli daripada mereka sebagai sebahagian tanggungjawab sosial kami yang kerajaan harus ambil kira,” katanya.

Beliau juga membidas sesetengah pihak yang terlalu memberi perhatian kepada hak mengimport beras Bernas sehingga gagal mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pesawah antaranya isu simpanan stok, agihan subsidi dan pembiayaan pengilang.


Isu Bernas timbul apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub dilaporkan berkata monopoli Bernas dalam pengeluaran beras akan dikurangkan ketika beberapa pihak tampil menyarankan agar monopoli syarikat tersebut ditamatkan.

Ismail antara beberapa individu yang hadir di Menara Ilham hari ini bagi memberi taklimat dan perkembangan terkini organisasi masing-masing kepada Majlis Penasihat Kerajaan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia, Mohamed Razali Mohamed dan Presiden Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee. – BERNAMA

Kategori