RAMADAN kali ini cukup bermakna dan memberikan kegembiraan yang berbeza buat pelakon terkenal, Betty Rahmad kerana pertama kali menyambutnya sebagai isteri.
Selepas lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pilihan hatinya iaitu Adry Damis, Betty berkongsi sikap sebenar suami yang tidak diketahui ketika mereka bercinta.
āPuasa dan raya tahun ini ada sedikit kelainan kerana ia tahun pertama saya sebagai isteri. Jadi saya kena pandai membahagikan masa antara kerja dan jaga makan minum suami.
āSetakat ini saya sangat bersyukur kerana suami saya tidak cerewet terutamanya dalam soal makanan. Saya bertuah kerana dia makan satu lauk sahaja dalam satu masa.
“Dia tidak reti makan banyak lauk dan ia memudahkan saya,ā katanya dipetik sebuah portal online.
Ujar Betty, bukan sahaja tidak cerewet malah dia berasa beruntung kerana suaminya juga seorang yang ringan tulang membantunya di dapur.
āSebelum berkahwin, dia tidak pernah mencuci pinggannya setiap kali makan di rumah keluarga saya.Ā Ā Sekarang, dia tidak kisah untuk membantu saya melakukan kerja rumah terutamanya di dapur. Baginya, apabila saya penat memasak, dia perlu membantu apa yang patut,ā jelas Betty.
Ditanya mengenai zuriat, Betty memberitahu mengakui dirinya tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat dan segalanya bergantung pada rezeki.
āKami terima dengan hati gembira jika diberikan rezeki dalam masa terdekat ini. Saya dan suami tiada perancangan mengenai soal anak.
āKalau boleh memang kami nak anak cepat. Saya suka kanak-kanak memandangkan saya sudah biasa menjaga anak-anak saudara saya,ā ujarnya.
Betty dan Ardy yang juga ahli perniagaan, telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas empat tahun berkenalan.Ā āĀ MYNEWSHUB.CC