Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suara ‘Jantan’ 5 Divo...

MENGHIBURKAN dan terhibur! Itu yang dirasai penulis sebaik konsert 5 Divo melabuhkan tirainya semalam.Masakan...

Boikot Sebagai Satu Cara...

JIKA kita imbau Sirah Nabi SWT, Baginda telah menggunakan cara tekanan ekonomi melalui pasukan-pasukan...

Tentera Rusia Tawan Loji...

KIEV – Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal mengesahkan bahawa loji nuklear Chernobyl telah...

Adib Dipukul Sekumpulan India...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner membuat dapatan bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim dipukul...

Biro Siasatan Pusat India Panggil Tony Isu Rasuah

NEW DELHI – Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) memanggil Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd., Tony Fernandes hadir untuk disoal siasat pada 6 Jun ini berhubung tuduhan rasuah.

Laporan The Times of India yang memetik sumber berkata ‘notis hadir’ itu sudah dihantar kepada Fernandes melalui e-mel.

CBI dikatakan ingin menyoal Fernandes berhubung kelulusan yang diberi Lembaga Promosi Pelaburan Asing (FIPB) untuk melabur di India dan dakwaan bahawa Ketua Kumpulan AirAsia itu mempengaruhi pegawai India untuk menyingkirkan peraturan penerbangan awam 5/20, supaya AirAsia dapat memulakan operasi antarabangsanya.

Laporan itu menyebut, beliau didakwa mendesak bekas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Mittu Chandilya.

untuk mempengaruhi perubahan dalam dasar pengawal seliaan penerbangan antarabangsa di India sesuai dengan syarikat itu.

CBI sudah memfailkan satu kes terhadap Fernandes, menuduhnya memanipulasi dasar kerajaan melalui rasuah dan melanggar peraturan untuk mendapatkan lesen antarabangsa untuk perniagaannya di India.


Menurut laporan Times of India, CBI berkemungkinan akan memanggil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam dan Pengarah AirAsia India, Venkatramanan Ramchandran.

Ia berkata pegawai FIPB dan pegawai kementerian penerbangan awam yang mengendalikan fail AirAsia pada 2013 hingga 2014, juga akan dipanggil ke ibu pejabat CBI untuk disoal.

AirAsia India sebelum ini mengeluarkan satu kenyataan mengatakan semuda tuduhan itu sudah disiasat Ketua Pengarah Penerbangan Awam yang mendapati bahawa operasi dan pengurusan AirAsia India adalah selaras dengan Akta Pengurusan Pertukaran Asing. – myMetro Online

Kategori