Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ziana Menangis, Sebak Ketika...

TABAH... Persembahan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain terhenti seketika membuatkan suasana jadi hening...

Pekerja Kolam Udang Maut...

PARIT BUNTAR - Seorang pekerja kolam udang dan ikan maut selepas terkena renjatan...

Agong, Permaisuri Saksi Pertabalan...

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Kes Kematian Covid-19 Global...

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di tiga negara iaitu...

Biskut Raya Kak Ani Berpatutan Semurah RM1

MENJELANG Aidilfitri ini, kedai pemborong biskut Kak Ani di Kampung Sungai Rotan, Pendang, Kedah sentiasa penuh sesak dengan pengunjung yang ingin membeli biskut raya semurah RM1.

Walaupun terletak di kawasan pedalaman, namun premis yang dibuka sejak hampir 15 tahun lalu tetap menjadi pilihan orang ramai bukan sahaja suri rumah, malahan peniaga runcit yang menjalankan perniagaan biskut raya.

Pemiliknya, Zaini Yahya, 52, berkata, biskut raya yang dijual di sini murah dan berpatutan harganya, dengan ada yang dijual serendah RM1 iaitu kuih baulu.

Katanya, selain itu, biskut raya yang dijual di sini memenuhi selera orang ramai kerana diperbuat oleh pembuat kuih moden dan tradisional yang berpengalaman di sekitar daerah ini menyebabkan beliau tidak “menang tangan” melayan pelanggan yang datang sejak awal pagi.

Selain kuih baulu, antara biskut raya lain yang jual termasuklah biskut kacang, pelbagai jenis rempeyek dan maruku, kerepek ubi dan pisang serta karipap mini.

ā€œAlhamdulillah, tahun ini pelanggan datang awal membeli kuih raya yang diminati dan kita jual murah- murah pada harga borong agar pelanggan tak terbeban untuk menyambut Aidilfitri.

“Stok juga sentiasa ada dan orang ramai boleh datang awal buat pilihan mengikut cita rasa mereka sendiri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagi menampung keperluan, Zaini terpaksa menambah beberapa kakitangan lagi bagi membantu menguruskan premis tersebut yang jualannya mencecah RM5,000 sehari dan dijangka meningkat sekali ganda pada minggu terakhir sebelum Aidilfitri.


Mohd Azli Hussin dan isterinya Nur Liza Zakaria masing-masing berusia 35 tahun yang berniaga biskut raya berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri mereka akan datang ke premis tersebut untuk membeli pelbagai jenis biskut raya di sini dan menjualnya sehingga malam raya di Pulau Pinang.

“Biskut di sini memang sedap dan murah, itu sebab pelanggan yang biasa beli, mereka akan datang beli lagi dari saya. Alhamdulillah setakat ini dah masuk tiga kali saya datang beli tambah stok daripada Kak Ani,” katanya.

Siti Aminah Semorah, 32, dari Sik berkata, beliau datang ke sini semata-mata untuk membeli biskut raya di sini kerana harganya berpatutan dan rasanya yang sedap.

“Saya beli maruku, putu kacang, kerepek, kacang tumbuk, kuih bakar dan kerepek pisang, baru belanja RM64 dan murahlah jika banding tempat lain,” katanya yang masuk tahun kelima datang beli biskut raya di sini. – BERNAMA

Kategori