Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Cara Zahid Kenang Kezaliman...

MEMANG aneh apabila nama Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak disebut oleh tokoh-tokoh UMNO berprofil...

MH 17 : Kenyataan...

SETIAP hari, pengguna laman sosial terutamanya di Facebook, Twitter dan blog disogokkan dengan...

Jokowi Lancar Tren Khas...

JAKARTA - Ibu negara Indonesia mengikut jejak negara jirannya, Malaysia dan Thailand apabila...

Rompak: Penganggur Dipenjara 8...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh...

Biskut Warisan Ibu Mentua Pembuka Rezeki

KUALA LUMPUR – Bermula secara sambilan, Norashikin Zainal Abidin, 47, kini boleh berbangga dengan perniagaan biskut yang menjadi sumber rezeki utama beliau dan keluarganya.

Beliau yang nekad berhenti kerja sebagai kerani di sebuah bank sekitar 12 tahun lepas menghasilkan biskut seroja iaitu resipi istimewa ibu mentuanya, Norsimah Ahmad.

Permintaan untuk biskut seroja yang mengambil nama daripada bunga seroja yang lazimnya ditemui di dalam kolam, akan meningkat berkali ganda setiap kali tiba hari raya.

Beliau perlu bekerja lebih 12 jam sehari malah kadang kala terpaksa mengorbankan waktu tidur bagi memastikan tempahan yang diterima sejak tiga bulan lepas dapat sampai ke tangan pelanggan sebelum ketibaan 1 Syawal.

INSPIRASI DARI BUNGA SEROJA

Bagi memastikan operasi buat biskut seroja berjalan lancar, Norashikin memperoleh sedikit bantuan dari Jabatan Pertanian pada 2005 untuk bina bengkel di belakang rumahnya di Kampung Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan.

Beliau juga membeli mesin uli adunan untuk memudahkan penghasilan biskut dalam kuantiti yang lebih banyak.

“Bunga seroja kan cantik. Ibu mentua saya mengambil nama bunga ini untuk tujuan mengkomersialkan biskut itu.

“Kalau hendak diikutkan, biskut ini ada keunikan tersendiri, dari segi rupa dan rasa berbanding biskut lain yang banyak di pasaran. Nak buat biskut ini pun perlu kesabaran yang tinggi,“ tambahnya.

“Untuk tempahan hari raya saya boleh menghasilkan kira-kira 20,000 biji biskut bunga seroja sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini sambil menambah kata operasi buat biskut seroja sebenarnya berjalan sepanjang tahun.

Walaupun bulan-bulan biasa tidak sesibuk memenuhi tempahan untuk hari raya namun permintaan sentiasa ada terutama untuk tempahan majlis pertunangan dan perkahwinan yang dijadikan sebagai hantaran.

UNIK BISKUT SEROJA

Biskut seroja yang dihasilkan Norashikin mempunyai empat kelopak yang diisi dengan inti mentega kacang dan atas permintaan ramai, intinya kini dipelbagaikan seperti coklat dan nanas.

Kerumitan membuat kelopak biskut seroja sedikit membataskan usahanya untuk menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Setelah campunan tepung dan mentega siap diuli, adunan akan ditekap terlebih dahulu menggunakan alat penekap sebelum dibentuk menggunakan tangan untuk menghasilkan kelopak seroja.

Keadaan ini menyebabkan proses menghasilkan biskut agak rumit berbanding biskut lain kerana tidak ada alat atau mesin yang boleh membentukkan adunan menjadi bunga.


Ia perlu dilakukan menggunakan tangan untuk mencantumkan kelopak tersebut, katanya.

Untuk menghasilkan 300 biji biskut bunga seroja, kebiasaannya Norashikin mengambil masa lebih 10 jam dengan bekerja dari pagi hingga petang.

“Sebab itu saya terpaksa menolak banyak tempahan pada hari raya tahun ini disebabkan tidak berkemampuan untuk membuatnya,” katanya yang turut dibantu seorang pekerja.

Beliau berkata buat masa kini, keperluan utamanya adalah untuk mendapatkan mesin yang boleh menghasilkan terus kelopak seroja bagi menggantikan cara tradisional menggunakan tangan.

BELAJAR DARI IBU MENTUA

Norashikin mula mempelajari cara membuat biskut seroja daripada ibu mentuanya selepas berkahwin dengan suaminya, Ruzlan Rose Abd Rashid pada tahun 1991.

Ketika itu ibu mentua beliau membuat biskut untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya. Ramai tetamu yang makan biskut itu bertanya tentang resipi dan cara membuatnya sehinggakan ibu mentua membuka tempahan secara kecil-kecilan untuk jiran-jiran, katanya.

“Ibu mentua saya sebenarnya mendapat resipi itu sekitar tahun 70an, ketika tinggal di kuarters tentera di Johor semasa mengikuti bapa mentua yang bertugas sebagai anggota tentera.

“Bila bapa mentua sudah pencen dan pulang ke kampung, biskut seroja yang dihasilkan emak mentua terus mendapat perhatian tetamu sebab bentuknya cantik dan rasanya sedap,” katanya.

Tidak lokek dengan ilmu yang ada, ibu mentuanya turut mengajar orang kampung menghasilkan biskut seroja hingga ramai yang berkebolehan membuat biskut itu terutama di sekitar Jelebu.

Apabila tiba hari raya ramai yang menghidangkan biskut seroja dan beliau sendiri turut membantu ibu mentua menerima tempahan, menurut ibu kepada empat orang anak ini.

“Tetapi ramai yang tidak sanggup untuk membuatnya kerana kerjanya sangat rumit terutama untuk membentuknya menjadi bunga seroja.

“Kerumitan itu menjadi keunikan biskut ini dan saya berhasrat untuk mengembangkannya secara lebih meluas lagi terutama dengan bantuan promosi dalam media sosial,” katanya. – BERNAMA

Kategori