Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bajet 2015: RM23.3 Bilion...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM 23.3 bilion bagi pelaksanaan inisiatif meningkatkan perkhidmatan...

Polis Rampas Dadah RM4.3...

KOTA BHARU - Bukit Aman dengan kerjasama polis negeri ini merampas pelbagai jenis...

Tak Terima Atlet Israel,...

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah...

Melaka Wujud Bazar Rakyat...

MELAKA - Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah bazar rakyat secara kekal di kawasan...

“Boleh Tanya Pasal Zuriat Tetapi…” – Siti Saleha

SUDAH menjadi lumrah setiap perkahwinan, menyambut kelahiran orang ketiga sentiasa dinanti bukan sahaja oleh pasangan tetapi juga orang keliling.

Begitu juga dengan pelakon jelita, Siti Saleha yang sudah hampir setahun bergelar isteri kepada Ahmad Lufti Azhar tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Saleha berkata, dia menyifatkan soalan berkaitan cahaya mata bukanlah isu yang sensitif untuk diterima jika dia ditanya saudara-mara pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sebaliknya bagi Saleha, perkara itu adalah normal berikutan ramai yang ingin tahu perkembangan rumah tangganya yang dibina hampir  itu.

“Saya rasa normal orang nak tanya tentang anak. Saya tidak anggap ia perkara sensitif kerana saya dan suami tidak rancang pun. Saya faham mereka juga nak tahu. Tapi kena ada cara nak tanya tentang itu,” ujarnya dipetik mStar Online.

Pelakon, Siti Saleha.

Sementara itu bercakap mengenai zuriat, kata Saleha, dia dan suami berharap dikurniakan rezeki tersebut sebagai pelengkap rumah tangga mereka.


Malah, dia mengakui bahawa mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat walaupun sibuk dengan tuntutan kerja.

“Sudah tentu kami mahukan anak. Saya akan minta mereka yang bertanya tentang anak itu mendoakan kami kerana rezeki itu bukan kami yang tentukan,” katanya.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar bernikah di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori