Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JAIS Serbu Rumah Keluarga,...

ALKISAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Ahad lalu telah bertindak menyerbu rumah...

Serang Guna Senjata Kimia

Baghdad - Daish melancarkan dua serangan kimia berhampiran Kirkuk, utara Iraq, Sabtu lalu,...

Raja Farah Terkilan Dituduh...

BAYANGKAN hati wanita mana yang tidak sedih apabila ada pihak tertentu menunding jari...

5 Maut, 25 Cedera,...

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 25 yang lain cedera apabila sebutir...

Bukti Seleweng Dana HRDF Diserahkan Kepada SPRM

PUTRAJAYA — Bukti penyelewengan yang dikaitkan dengan dana RM300 juta milik Tabung Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (HRDF) diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group, Datuk Sri Ganes berkata beliau tampil menyerahkan bukti terlibat agar SPRM dapat menjalankan siasatan segera dan sekali gus dapat menjelaskan situasi sebenar dakwaan itu.

Ketika ditemui media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini selepas menyerahkan bukti berkenaan, beliau berkata siasatan perlu diteruskan bagi mengenal pasti pihak terlibat walaupun seorang pengurusan tertinggi HRDF dan seorang ahli lembaga pengarahnya telah meletakkan jawatan baru-baru ini.

Sementara itu, seorang bekas ahli lembaga HRDF ( R.Thiagaraja) mengganggu sidang media tersebut serta menafikan terlibat dalam penyelewengan itu dan mengalu-alukan SPRM untuk menjalankan siasatan rapi.

Pada 1 Jun lepas, satu laporan dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan, M. Satees dan Anggota Majlis Perbandaran Seberang Prai, David Marshal di pejabat SPRM Butterworth, Pulau Pinang berhubung penyelewengan dana HRDF terlibat.


Mereka mendakwa wujudnya penyelewengan dana RM300 juta didalangi pengurusan tertinggi HRDF.

HRDF merupakan badan yang diberi peranan kerajaan sebagai pengurusan dana pembangunan sumber manusia dan menyediakan latihan tenaga kerja di negara ini. — BERNAMA

Kategori