Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Puspakom Sedia Tambah Baik...

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh...

Tindakan Tegas Jika Gagal...

KLANG - Syarikat dan pengusaha stesen minyak yang gagal mematuhi penetapan harga petrol...

Gagal 30 Temuduga, Kini...

JIKA anda sedang mengalami saat kejatuhan dalam hidup, jangan sesekali menganggap masa depan...

Gunung Berapi Meletus Di...

SYDNEY - Gunung berapi yang meletus di timur Papua New Guinea mengakibatkan debu...

Bunuh Tukang Cuci Kereta, 4 Penganggur Didakwa

PETALING JAYA – Empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang tukang cuci kereta, awal bulan ini.

D. Pavidthren, 19; Mohamad Sharul Nizam Abdullah, 18; M. Viknesh, 19; dan seorang rakan mereka yang berusia 17 tahun hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dua orang yang masih bebas didakwa telah membunuh S. Ravindran, 22, di tepi Jalan PJS 2B/3, Metro Square, PJS2 di sini, antara 11 dan 11.30 malam pada 6 Jun lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia. – BERNAMA

Kategori