Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sokong Pelan Tambah Keanggotaan...

PEKAN - Anggota UMNO Pahang perlu menyokong dan melaksanakan pelan yang dirangka Biro...

Proton Berada Di Landasan...

KUALA LUMPUR - Pengendali pusat servis Proton di Nilai, Negeri Sembilan, Ryan Lai,...

Pekerja Kemalangan, Polis Sambung...

SEORANG pegawai polis di Detroit, Amerika Syarikat menerima pujian setelah menghantarkan piza ke...

Polis Terengganu Buka 11...

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu membuka 11 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan pada hari...

Cadang Serap KWP Di Bawah Pentadbiran JPM

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) wajar dipertimbang untuk diserap semula di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Beliau yang ditemui ketika meninjau aktiviti amal kanak-kanak di Taman Yarl, Jalan Klang Lama hari ini, berkata cadangan itu akan lebih melincinkan pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Secara peribadi, saya berpendapat ia wajar diserap semula kerana di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), banyak keputusan yang dibuat kementerian itu bercanggah dengan pelan pembangunan PBT.

“Misalnya beberapa projek yang dibina tidak mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 DBKL, namun pembinaan tetap diteruskan kerana mendapat kelulusan pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata PBT (DBKL) seharusnya diberi ruang untuk melaksanakan tugas mengikut dasar dan garis panduan yang termaktub dalam pelan berkenaan.

Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, masih belum melantik menteri bagi kementerian itu.


KWP pernah diserap ke JPM sebagai Bahagian (Unit Perancangan Lembah Kelang) pada 1981, namun selepas penyusunan Kabinet pada 27 Mac 2004, kementerian itu ditubuhkan semula dengan tumpunan khusus terhadap pemajuan wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Teresa, bagaimanapun tidak menafikan kepentingan peranan jawatan menteri bagi kementerian itu mentadbir urus Wilayah Persekutuan.

“Keputusan melantik menteri atau kementerian itu diserap, terserah kepada kepimpinan tertinggi kerajaan. Jika kementerian diteruskan, pelantikan menteri perlu dipercepatkan agar semua isu yang membabitkan Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan segera,” katanya. – BERNAMA

Kategori