Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ganja Lebih 111kg Dirampas,...

Kuantan : Polis mengesahkan rampasan lebih 111 kilogram (kg) dedaun kering kehijauan disyaki...

Afdlin Kini Bergelar Datuk,...

PENGASAS kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman dan pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki Aksan...

VIDEO: Pelanggan Mengamuk Tak...

Rasanya ramai dah tahu kisah kekecewaan pelanggan Petronas gara-gara kes buat kempen untuk...

Peminat Harry Potter Tinggalkan...

PEMINAT siri filem epik Harry Potter pasti akan mengenali dengan watak Dobby, si...

Cadang Tubuh J/kuasa Pantau Nahas Bas Ekspres

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan penilaian tragedi kemalangan bas Genting Highlands pada Ogos 2013, bagi mengatasi isu kemalangan membabitkan bas ekspres.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet Rabu ini.

Katanya terdapat 51 cadangan dimuat dalam laporan itu hasil kajian terhadap tragedi kemalangan bas yang meragut 37 nyawa itu, bertujuan menambah baik sistem bas ekspres negara.

“Saya sudah minta ketua setiausaha kementerian untuk melihat semula laporan itu dan kita nak pantau betul-betul sejauh mana kesemua cadangan itu telah dilaksanakan dalam beberapa tahun ini.

“Kita tidak perlu apa-apa kajian lagi kerana pelbagai kajian telah dibuat, sekarang ialah masa untuk pelaksanaan (kajian terdahulu),” katanya pada sidang media, di sini hari ini,

Loke berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa kemalangan jalan raya yang berlaku semalam, termasuk tragedi melibatkan sebuah bas ekspres di kilometer 142.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Pagoh, Johor yang meragut tiga nyawa.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah menjalankan penilaian terhadap kemalangan bas di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013 itu, yang menyebabkan 37 orang maut, menjadikannya tragedi kemalangan paling buruk pernah berlaku di negara ini.

Dalam pada itu, Loke berkata Op Selamat sempena sambutan Aidilfitri 2018 akan dilancarkan pada Khamis ini di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).


Ditanya mengenai isu beg udara jenis Takata, katanya beliau akan bertemu semua syarikat pembekal kereta yang menggunakan beg udara tersebut iaitu Honda, Toyota, Nissan, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus.

“Jumlah (yang belum menukar beg udara bermasalah itu) semakin besar. Saya dapat laporan Honda sahaja ada lebih 70,000,” katanya.

Loke berkata beliau akan memaklumkan jumlah sebenar kenderaan terlibat esok dan langkah yang akan diambil supaya mereka dapat menukar beg udara secepat mungkin.

Semalam, Loke berkata Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan kepada pemilik kenderaan yang masih belum menukar beg udara jenis Takata berkuat kuasa serta-merta. – BERNAMA

Kategori