MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lagi mengenakan caj parkir pada setiap Sabtu dan Ahad di dalam zon pentadbirannya mulai Jumaat ini (15 Jun).
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dalam kenyataan hari ini berkata waktu operasi perkhidmatan kutipan caj parkir juga diselaraskan iaitu bermula 9 pagi hingga 6 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat.
“Pengecualian caj parkir ini tidak terpakai kepada pengusaha atau operator letak kereta swasta serta syarikat kecil yang diswastakan oleh MBMB antaranya di Pasar Transit Melaka Sentral, Kompleks Tabung Haji dan Muzium Bukit Sejarah, Jalan Kota.
“Justeru, pengguna dinasihatkan mengikut peraturan sedia ada dan meletakkan kenderaan mengikut petak yang disediakan MBMB,” katanya di sini.
Beliau berkata sekiranya pengguna melanggar peraturan itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM300 mengikut Perintah (4), Peruntukan Tempat Letak Kereta 2001. – BERNAMA