Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PLUS Siap Siaga Hadapi...

KUALA TERENGGANU - PLUS Malaysia Bhd (Plus) yang bertanggungjawab mengendali Lebuhraya Pantai Timur...

Ghaddar Kembali Kuatkan Jentera...

KOTA BHARU - Bekas penyerang import Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar akan kembali...

PTK Dan Solidariti Menyokong...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PTK) hari ini tampil...

Program Sukan JBNS Guna...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa...

CEO GLC Direman Kes Seleweng Tender RM300 Juta

PUTRAJAYA – Seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan salahguna kuasa membabitkan beberapa projek pembinaan di sini bernilai RM300 juta.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek bergelar Datuk itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.25 pagi dengan berpakaian reman SPRM.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan SPRM di pejabatnya kira-kira 12 tengah hari semalam.

Ia susulan serbuan yang dilakukan suruhanjaya itu di sekitar Lembah Klang melibatkan beberapa premis seperti pejabat dan rumah suspek bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes.

Suspek dipercayai menyalahguna kuasanya bagi memanipulasikan beberapa projek pembinaan yang sedang dijalankan GLC berkenaan.


Menurut jurucakap SPRM, projek itu telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender, namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, pihak yang dilantik berkenaan gagal melaksanakan projek itu.

Berikutan itu, projek berkenaan kemudiannya diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan suspek dan perkara itu sememangnya telah dirancang lebih awal, katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori