Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Awasi Ternakan Daripada Masuk...

REMBAU - Penternak haiwan di kawasan kampung berhampiran lebuh raya diminta mengawasi haiwan...

Pesawat Terbang Rendah, TUDM...

KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan...

Biar Betul! Jin Berbalas...

KECOH di media sosial apabila satu perbualan antara seorang ustaz dengan jin menjadi...

Legenda Bola Sepak, Pele...

FIRMA teknologi, Samsung yang masih lagi bertarung dengan Apple di mahkamah kerana paten...

“Cerita PBB Keluar BN Di Luar Pengetahuan Saya”

SAH… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) konon bertindak keluar Barisan Nasional (BN) adalah di luar pengetahuannya.

Perkara tersebut sekali gus menyangkal spekulasi bahawa Pengerusi BN ada bertemu dengan Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, merayu agar parti pemerintah di Sarawak itu tidak meninggalkan komponen BN.

“Laporan mengenai PBB yang diberitakan meninggalkan BN adalah di luar pengetahuan saya. Malah saya tidak bertemu Datuk Patinggi Ketua Menteri dan merayu agar PBB tidak meninggalkan BN, seperti yang dilaporkan.

“Namun saya amat hormati serta mengalu-alukan pendirian PBB dan parti komponen BN Sarawak yang berhasrat jalin hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan,” kata Ahmad Zahid.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu menyatakan demikian dalam kenyataan di ibu kota hari ini merujuk berita Abang Johari bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rahsia di Putrajaya pada 31 Mei lepas.

Terdahulu, pemimpin PBB tersebut dilaporkan berkata bahawa partinya bakal menilai semula kedudukan dalam BN selepas kekalahan teruk gabungan parti itu sejak 60 tahun ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 awal bulan lalu.

Dakwaan penarikan PBB daripada komponen BN bakal mengurangkan 13 lagi kerusi parlimen parti berkenaan sekali gus melemahkan gabungan tersebut berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) diketuai Perdana Menteri.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, BN sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka bagi menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN untuk mengambil langkah yang sama demi kepentingan negeri dan rakyat.

BN hanya ada 79 daripada 222 kerusi di Parlimen selepas PRU pada 9 Mei lepas, dengan 13 daripadanya milik PBB, parti kedua terbesar dalam BN. BN Sarawak bertanding semua 31 kerusi persekutuan tetapi cuma menang 19 kerusi.

Keputusan meninggalkan BN itu namun hanya akan disahkan selepas PBB berunding dengan tiga lagi parti komponen BN di Sarawak: Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pembangunan Progresif (PDP). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori