MANCHESTER United bersetuju mengadakan kontrak lima tahun bersama pemain tengah Brazil, Fred.
Perjanjian bernilai £52 juta (RM278 juta) dari Shakhtar Donetsk ke pejabat Mayfair di London untuk menyelesaikan pengurusan perpindahannya sebelum mengambil bahagian dalam latihan Brazil di pusat latihan Tottenham.
Fred menerima pelukan dari rakan sepasukan Brazil, Neymar sejurus selepas pengumuman itu.
Neymar yang juga pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu mengetahui satu atau dua perkara mengenai gerakan besar-besaran penghijrahannua dari Barcelona ke ibu kota Perancis pada musim panas lalu.
Pengumuman yang muktamad masih ditangguhkan berikutan urusan kertas kerja membabitkan Persatuan Bolasepak (FA) Brazil.
Bagaimanapun, pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memberi jaminan kepada pemain itu dalam persediaannya ke Rusia untuk piala dunia. – Mail Online UK