NEW YORK – Penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Demi Lovato, memohon maaf susulan berkongsi butiran jenaka seksual yang dilakukan terhadap pengawal peribadinya.
Beliau mencetuskan reaksi negatif hujung minggu lalu apabila diminta memberitahu jenaka paling nakal pernah dilakukan, ketika saling berbual dengan peminatnya menerusi akaun sosial Twitter.
Lovato berkata, beliau mengupah pelacur memasuki bilik hotel pengawal peribadinya ketika mereka berada di Las Vegas, Nevada yang kerajaan negerinya membenarkan aktiviti pelacuran.
“Dia berjalan masuk ke dalam bilik pengawal peribadi saya tanpa izin dan meramas ‘kemaluannya’ dan beliau ketakutan,” kata Lovato.
Sebilangan pengguna Twitter mengecam keras Lovato, berkata beliau mengaku melakukan gangguan seksual serius, isu yang mengundang perhatian di tengah kebangkitan gerakan #MeToo.
Lovato memadamkan kenyataan itu dan berkata: “Saya bersumpah boleh tweet sesuatu mengenai gula-gula dan menyinggung seseorang.”
Namun beliau juga menggesa orang ramai yang marah dengan kejadian itu mendengar lagunya ‘Warrior’ yang bercerita mengenai mangsa serangan seksual.
“Mungkin anda lebih bersimpati kepada kesilapan kecil.
“Saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung,” katanya. – AFP