Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PPDNKK Taiping Rampas 41...

TAIPING - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Taiping merampas 41...

PAN Mahu Malaysia Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mahu Malaysia mendapatkan bantuan negara asing...

Tiada Tindakan Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada sebarang tindakan...

Rasuah: Pengarah Kolej Vokasional,...

KANGAR - Seorang pengarah Kolej Vokasional di Perlis direman tujuh hari bermula hari...

Desak Bayar Hutang Punca Warga Emas Tembak Rakan

MANJUNG – Gara-gara tidak tahan sering diasak supaya bayar hutang perniagaan dipercayai punca seorang warga emas menembak mati rakannya sebelum bertindak bunuh diri dalam insiden di sebuah restoran di Kampung Koh dekat sini malam tadi.

Lelaki tersebut, Chu Phan Hoo, 62, ditemukan mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner di tepi bangunan kedai di Simpang Dua, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66.

Ling maut ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Yahya Abd Rahman berkata suspek dan mangsa telah minum bersama dan dipercayai mabuk sebelum berlaku perselisihan faham kira-kira 11 malam.

“Suspek telah menembak kaki mangsa dan kemudian semasa di hadapan kedai mangsa ditembak lagi sebelum suspek kemudiannya melarikan diri bersama pistol mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Yahya berkata pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan pistol jenis semi auto beserta kelopak peluru pada celah paha suspek dan senapang patah di tempat duduk sebelah pemandu.

“Kedua-dua mangsa dan suspek mempunyai lesen senjata api. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori