Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Unisza IPT Pertama Pantai...

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar satu lagi transformasi apabila...

Wujudkan Lebih Banyak Kelab...

KUALA LUMPUR - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bakal bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi...

Sentuh Bahu Aliff Syukri,...

PENGASAS kosmetik, Joy Revfa teruk dikritik terutama di media sosial selepas sekeping gambar...

Mayat Anak Kapal Terjatuh...

KUANTAN - Mayat seorang anak kapal 'FMSUV FOS LEO' yang sebelum ini dikhuatiri...

Dira Tetap Setia, Istiqamah Dalam Perjuangan UMNO

EXCO Puteri UMNO, Khaidhirah Abu Zahar mengakui beliau tetap istiqamah dalam perjuangan UMNO, meskipun parti itu tidak lagi menjadi pemerintah pusat kini.

Memetik laporan Sinar Harian, wanita yang mesra disapa Dira itu menjelaskan beliau mengambil keputusan berbuat demikian kerana UMNO adalah parti yang cukup dekat dengan perjalanan hidupnya.

“UMNO terkubur? Saya akan tetap bersama UMNO/BN, saya teruskan juga walaupun sehingga jadi pembangkang yang lama.

“Saya akan setia, pandai atau tidak pilihan itu, saya minta maaf kerana tak boleh nak puas hati semua orang, jadi saya mohon kita hormati hak sesama kita,” jelas anak kepada mantan Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin itu.

Dira Abu Zahar

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Dira memaklumkan bahawa beliau sudah lama meninggalkan bidang lakonan sejak tiga tahun lalu.

“Saya memang tidak akan berlakon lagi sudah, walau saya tiada ‘job’ saya tidak kisah sebab tak berlakon lagi, jadi jangan risau dan saya rasa saya lebih selesa apa yang saya buat sekarang (berniaga dan berpolitik).


“Jadi saya harap masyarakat faham. Tiada lagi ungkapan bila dah jadi pelakon, kepada anda saya tak akan menyemak di televisyen lagi dan untuk makluman saya sudah berhenti jadi pelakon tiga tahun lalu,” kata Dira.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kelantangannya di media sosial, Dira berkata itu memang caranya.

“Saya tak berniat nak cetuskan apa-apa, itu yang saya lalui. Lagi satu saya memang seorang yang kuat bergurau,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori