WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menafikan sedang merancang untuk berundur dari Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
“Saya tidak merancang untuk keluar,” katanya kepada wartawan dari pesawat Air Force One selepas diminta mengulas ura-ura ingin meninggalkan badan perdagangan global itu.
Trump menganggap WTO sebagai ‘bencana’ dan melanggar norma perdagangan antarabangsa dengan membebankan sekutu utama menerusi tarif yang ketat, serta mengenakan yuran yang tinggi ke atas barangan China atas nama keselamatan negara AS. – AFP/BH ONLINE