Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Mengaku Curi...

Kuala Pilah : Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Kertas Siasatan Terhadap Bekas...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan...

Impian Adakan Parti Hari...

JIKA kebanyakan kanak-kanak seusianya lebih menggemari tema parti hari jadi princess atau unicorn,...

RM17.1 Bilion Bayar Balik...

KUALA LUMPUR – Kerajaan yang sudah menerima dana dari Petronas telah mula membuat...

Dr. Idris Calon Menteri Besar Selangor Baharu?

KURANG dua minggu sebelum Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu, satu lagi nama wakil rakyat PKR, Dr. Idris Ahmad disebut-sebut bakal isi kerusi panas itu.

Portal berita The Malaysian Insight, dalam laporannya hari ini, menyebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu dinamakan dalam surat cadangan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Isnin lalu.

Dengan memetik sumber dalam kepemimpinan Pakatan Harapan (PH), laporan itu menyebut surat cadangan turut mendapat sokongan daripada semua pemimpin PH negeri.

Mereka ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Izham Hashim; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

“Surat berkenaan diterima Sultan pada 2.30 petang Isnin lalu,” kata sumber yang dipetik.

Istana Selangor sebelum ini mengumumkan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan pada 19 Jun ini di Istana Alam Shah, Klang, iaitu empat hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika ini masih menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, sebelum ini dilaporkan berkata, kemungkinan calon yang bakal menggantikannya bukan datang dalam kalangan barisan EXCO yang sudah dilantik.


Dr. Idris yang juga pakar obstetrik dan ginekologi berusia 71 tahun yang berkelulusan dari Australia itu memulakan khidmatnya di Hospital Kuala Lumpur pada 1973 selain menjadi pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum berpindah ke sektor swasta sejak 1979 hingga kini.

Beliau mulai terbabit dalam PKR sejak awal penubuhan parti itu sebelum menganggotainya pada 1999 dan menjadi Ketua Cabang PKR Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau yang mempunyai keluarga di Ijok, dipilih menjadi calon PKR di DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpindah kawasan pilihan raya ke Pelabuhan Klang, sebelum mengekalkan parti berkenaan di kerusi berkenaan.

Kerusi Ijok sekali lagi dimenangi Dr. Idris pada PRU14 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban; PAS (Jefri Mejan) dan Parti Rakyat Malaysia (T Kumaran). – myMetro Online

Kategori