Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1.4 Juta Penduduk Zimbabwe...

HARARE - Kerajaan Zimbabwe sudah memulakan kempen vaksin di kawasan pedalaman yang dilanda...

Selepas 20 Tahun, Slam...

MASIH Berbisa dan digilai ramai. Itu ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan Konsert...

2 Lelaki Lepas Tembakan...

MELAKA - Dua lelaki bermotosikal dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke udara dalam...

Wanita Buddha Dijel 18...

BALASAN... Seorang wanita dihukum penjara 18 bulan kerana mengadu mengenai laungan azan dari...

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Limbang

LIMBANG – Dua remaja lelaki bermotosikal maut dalam kemalangan di simpang Rangau, Jalan Lapangan Terbang, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, Mohammad Azlan Abdul Hamid,18, meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Limbang kira-kira 11.30 malam.

Seorang lagi penunggang yang dikenali sebagai Harreild Helivian Hary,16, yang dibawa ke hospital yang sama meninggal dunia kira-kira 3.45 pagi ini.

“Mohamad yang sedang menunggang motosikal dari arah bandar menuju ke Lapangan Terbang Limbang telah bertembung motosikal ditunggang Harreild yang tiba-tiba keluar dari simpang pada kira-kira 9.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

Kategori