Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Garis Panduan Lawatan Kerja...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan garis panduan berkenaan...

Qi Razali Bercinta Dengan...

SELEPAS gagal dalam percintaannya dengan Nelydia Senrose, pelakon Qi Razali dikatakan sedang hangat menjalinkan...

“Saya Berbesar Hati Diberi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang,...

Amaran Kepada Rusia: Dialog...

PETALING JAYA : Dialog dan diplomasi atau terus meningkatkan ketegangan.Demikian kata dua Amerika...

Dulu Awie Cuba Elak Erra Fazira, Tetapi Sekarang…

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi.

Memetik laporan Astro Awani, beliau malah berkata dirinya kini bersikap lebih terbuka untuk bekerja dengan individu yang dahulunya pernah cuba ‘dijauhi’, misalnya Erra Fazira.

“Pengalamanlah yang banyak mendewasakan saya sebenarnya, kalau dahulu saya mudah marah dan melenting, sekarang situasi tak sama lagi.

“Saya lebih banyak melepak bersama keluarga berbanding keluar rumah. Malah, saya lebih terbuka. Tak ada guna untuk kita saling membenci satu sama lain kerana industri ini kecil sahaja.

“Contohnya Erra Fazira, kalau dahulu saya cuba elakkan diri daripadanya, sekarang kami berkawan baik sebab banyak tawaran kerja yang mahukan kami bersama,” katanya.

Sementara itu berkongsi perkembangan terbaru, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman bakal bergandingan sekali lagi bersama primadona Melayu itu untuk filem, Hantu Kak Limah.


Difahamkan, Awie yang mendukung peranan Husin dan bakal ‘didampingi’ oleh Erra dalam beberapa babak dalam filem arahan Mamat Khalid itu.

Selain Awie, filem trilogi itu akan membariskan pelakon handalan antaranya Delimawati, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Jue Aziz dan penampilan khas Datuk Seri Vida. – Mynewshub.tv

Kategori