Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

17 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17 kawasan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak...

Kontrak Mufti Ditamat Akibat...

GEORGE TOWN - Kemelut campur tangan DAP Pulau Pinang terhadap fatwa negeri itu...

Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan...

KUCHING - Tehez Consolidators Services, penyedia perkhidmatan membalut beg dan kurier, hari ini...

Digantung Seumur Hidup Kerana...

LONDON - Pemain Itali, Daniele Bracciali digantung seumur hidup daripada sukan tenis selepas...

Dikecam, Ancam Bunuh Selepas Tewas Pada Jerman

STOCKHOLM – Pemain Sweden, Jimmy Durmaz berdepan cacian berbaur perkauman dan ancaman bunuh selepas dia menjadi punca kepada sepakan percuma yang menjurus kepada gol kemenangan lewat permainan Toni Kroos untuk Jerman di Piala Dunia, awal pagi tadi.

Komen-komen menghina membanjiri akaun Instagram pemain gantian 29 tahun itu selepas Jerman menang 2-1 pada minit ke-95 di Sochi.

Rakan sepasukan pemain sayap itu tampil mempertahankan Durmaz, yang dilahirkan di Sweden selepas ibu bapanya yang berbangsa Assyria berhijrah dari Turki ke Eropah.

“Ia bukan kesilapan Jimmy, tidak perlu menuding jari kepadanya. Peminat tidak boleh menyalahkan seseorang individu. Anda menang sebagai satu pasukan dan tewas sebagai satu pasukan,” kata pemain tengah Albin Ekdal.

“Dia berlari dan berjuang sepanjang masa. Ia hanyalah nasib malang. Ia sesuatu yang amat bodoh untuk membencinya kerana perkara ini,” kata penyerang, John Guidetti.


Durmaz, yang tidak mempedulikan komen-komen negatif berkenaan berkata, dia sering membaca komen-komen berbaur kebencian di akaun media sosialnya.

“Jika anda mengharunginya sepanjang hidup anda, ia bukan lagi satu perkara yang besar. Saya bangga mewakili negara saya,” kata Durmaz.

Bagaimanapun, sebahagian peminat lagi tampil mempertahankan Durmaz dan memberi kata-kata semangat menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Mexico di Yekaterinburg Rabu ini. – AFP

Kategori