Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Jika Surat ROS Benar,...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mempersoalkan keabsahan satu surat...

Firdaus Wong Puji Individu...

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas memuji tindakan seorang kontraktor rakyat Malaysia yang membuat...

Kes 1MDB: Rayuan Tun...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad...

Saifuddin Tidak Sepatutnya Hadiri...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Ekspo Flora Sedunia Taichung 2018 – Bunyian Mekar Bunga

PERNAHKAH anda terbayangkan bunyi pepohon bunga yang sedang mekar berbunga? Maklumlah pada zaman serba canggih dan maju kini, manusia semakin sibuk bekerja, yang bukan sahaja meletihkan, tetapi turut membuatkan mereka alpa.

Pada masa sama, ‘kebahagiaan’ oleh diibaratkan keheningan pepohon yang sedang mekar berbunga. Kita mungkin terlepas tempoh berbunganya yang indah tanpa disedari kerana kehidupan kita sendiri penuh dengan kesibukan pelbagai urusan.

Kita juga mungkin kaya dengan harta benda, tetapi fikiran dan jiwa kita semakin kosong hari demi hari. Sejak dahulu, manusia cenderung untuk menekankan kesan ekonomi dan tidak hirau kerosakan alam sekitar yang berlaku disebabkan salah kita sendiri.

Dalam masa yang sama, manusia melakukan kerosakan terhadap alam sekitar demi pembangunan yang tidak dapat dikawal. Hal ini menyebabkan mereka berasa risau dengan kerosakan yang mereka sendiri lakukan.

Justeru, dengan penganjuran Ekspo Flora Sedunia Taichung 2018, kita menjemput dan menyeru masyarakat untuk menjaga hubungan antara kemanusiaan dan alam. Melalui festival yang dijalankan ini, masyarakat hendaklah mendengar mesej yang cuba disampaikan oleh Alam.

Bunga yang mekar dan segar di Fuli, Hualien.

Cuba bayangkan analogi Keluaran Negara Kasar (KNK) yang pada asalnya merupakan penunjuk ekonomi untuk menilai kadar pasaran akhir komoditi yang dihasilkan oleh rakyat sesebuah negara dalam tempoh tertentu.

Bagaimanapun, dengan menetapkan “Kenali KNK: Cari Semula Hijau, Alam dan Manusia” sebagai tema Ekspo Flora Sedunia Taichung, kami memberikan KNK suatu nafas baru. Ia bukan lagi sekadar statistik yang hambar, tetapi nilai yang cantik.

Bermula daripada perkembangan harmoni Hijau (pengeluaran hijau), Alam (ekosistem) dan Manusia (kemanusiaan). Kami mahu semua orang tahu tentang sudut pandangan baru iaitu, KNK dengan kemesraan.

Tiga kawasan pameran diwujudkan dalam Ekspo Flora Sedunia Taichung bagi menunjukkan KNK yang jelas di mana kami mendukung konsep seni reka bentuk “Tiada Pemusnahan, Hanya Pengoptimuman”.

Kami percaya bahawa jika kita dapat mencapai keseimbangan sempurna antara pengeluaran, ekosistem dan kehidupan, kita dapat menjadikan Alam lebih baik dan kemanusiaan dapat memperoleh tenaga berpanjangan, dan mewujudkan kitaran positif.


Ladang bunga kelihatan seperti lukisan Ta Shee Blooming Oasis, Taoyuan.

Pengenalan tiga tapak kawasanTaman Ekspo Flora:

1. Kawasan Taman Waipu
2. Houli Horse Ranch & Kawasan Perhutanan
3. Fengyuan Huludun Park

Waktu Pembukaan:

Tempoh Festival: 3 November (Sabtu), 2018 ~ 24 April (Rabu), 2019
Ahad – Khamis: 9 pagi hingga 7 malam
Jumaat – Sabtu: 9 pagi hingga 9 malam

Maklumat Tiket:

Tiket Penuh $350
Tiket Diskaun Pra Jualan $200

Laman web: https://2018floraexpo.tw/En

Kategori