Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ribuan Sanggup Berbaris Untuk...

ADELAIDE - Ribuan orang sanggup berbaris panjang semata-mata hendak melihat secara langsung sambil menikmati...

Israel Dedah Video Lokasi...

RAFAH - Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas...

FMLLP Minta KAFA Jangan...

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) meminta Persatuan Bola Sepak...

Anggota Forensik IPK Pahang...

KUANTAN - Seorang anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

Elly Berbaik Dengan Azmi, Faye Demi Kebaikan Sefhia

DEMI masa depan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia, penyanyi Elly Mazlein mahu memanfaatkan kehadiran Syawal kali ini untuk berbaik-baik dengan bekas suaminya, Azmi Hata dan isteri, Faye Kusairi.

Malah memetik sumber, Elly menerusi sebuah entri yang dikongsi di Instagram miliknya baru-baru ini meluahkan rasa syukur apabila Azmi dan Faye sempat meluangkan masa berkunjung ke rumahnya untuk menziarahi Sefhia.

“Alhamdulillah, pertemuan yang indah antara dua beranak, Sefhia dan bapanya, Azmi di hari yang indah.

“Tiada yang lebih indah berbanding kebahagiaan si kecil dan semoga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan demi insan yang disayangi,” luah Elly.

Pada masa sama, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Azmi dan Faye atas kunjungan tersebut.

“Terima kasih Azmi dan Faye. Selamat hari raya,” ucapnya ringkas.

Perkongsian itu dilihat menerima reaksi positif daripada rakan-rakan artis serta ribuan pengikutnya yang mahu melihat ketiga-tiga individu terbabit berdamai.


Malah, perkongsian yang menerima lebih 50,000 tanda suka itu turut disambut baik oleh Azmi dan Faye.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 November 2014 namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika penyanyi wanita itu sedang sarat mengandung empat bulan.

Kemudian, Azmi berkahwin pula dengan Faye pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Alif Azmi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori