Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kuasa Melayu Terus Kekal...

SEJAK 1946, nama UMNO amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera, seolah-olah bangsa...

Kawasan Tanah Gambut Terbakar...

SEPANG - Tanah gambut seluas kira-kira 800 meter persegi berhampiran Kilometer 27.4 Lebuhraya...

PRK Rompin: Pahang Umum...

NAMPAKNYA penduduk Pahang bakal merasai cuti hujung minggu yang panjang pada minggu ini.Ini...

Euro 2016: De Gea...

MADRID - Penjaga gol Manchester United David De Gea telah digugurkan dari skuad Sepanyol...

Enam Generasi Keluarga Rahmat Muin Rai Aidilfitri

MERIAH… “Alhamdulillah, kami kumpulkan hampir 500 ahli keluarga dari enam generasi keturunan Rahmat Muin bagi mengeratkan tali persaudaraan sempena sambutan Aidilfitri.”

Demikian kata Abdullah Yahya, 45, yang terharu apabila dapat bersua dengan saudara-mara menerusi program Hari Keluarga Rahmat kali ketiga di Madrasah Rahmat, Kampung Solok Gaung, Melaka, pada Ahad lalu.

Dia daripada generasi keempat keluarga terbabit berkata, program berkenaan diadakan bagi mengumpulkan semua ahli keluarga untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama selepas sekian lama berjauhan.

“Program terbabit diadakan atas permintaan keluarga generasi ketiga iaitu bapa saudara kami yang masih ada seramai 73 orang yang ingin bersua dengan anak, cucu dan cicit mereka.

“Untuk itu, kami melantik satu jawatankuasa dalam kalangan ahli keluarga bagi merancang dan menguruskan program ini supaya dapat dilaksanakan.

“Pada hari keluarga berkenaan, hampir 500 ahli keluarga daripada 10 induk besar keluarga Rahmat membabitkan enam generasi berusia dari 1 hingga 85 tahun dapat dikumpulkan di satu lokasi dalam suasana yang begitu meriah.


“Malah, ahli keluarga yang berada di luar negara seperti di Indonesia dan Singapura turut tidak melepaskan peluang bersua dengan sanak saudara mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdullah berkata, program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga. – myMetro Online

Kategori