Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hafiz Suip Bakal Bertunang...

PENYANYI Hafiz Suip mengesahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan teman wanita yang...

Seorang Maut, 2 Cedera...

SITIAWAN - Seorang lelaki maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta...

Kiera Dedah Punca Keluar...

WAKIL Pulau Pinang dalam pertandingan Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) yang...

Kempen PAS Di Rompin...

ROMPIN - Kempen PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dilihat lebih...

Erwin Syukur Temani Ibu Sepanjang Ramadan

PELAKON Erwin Dawson meluahkan perasaan gembira dan syukur apabila berkesempatan memperuntukkan masa menemani ibunya di Singapura sepanjang Ramadan ini.

Kata Erwin, meskipun sibuk dengan tugasan namun kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini mahu dinikmati bersama insan tersayang sekali pun perlu menempuh perjalanan jauh.

“Sejak bekerja di Kuala Lumpur, masa saya untuk bersama keluarga agak terhad. Faktor jarak memisahkan kami, namun banyak cara sebenarnya boleh digunakan dalam berkomunikasi.

“Tetapi, perasaan itu tidak sama seperti berjumpa di depan mata. Sebagai anak, saya mahu menggembirakan hatinya dan tentu saja rindu kalau lama tidak dapat pulang.

“Jadi pada bulan puasa ini saya mencuri peluang untuk mengambil cuti. Seronok dapat berkumpul seisi keluarga pada waktu berbuka dan bersahur,” kata pelakon itu dipetik BH Online.

Ketika ditanya mengenai apa juadah kegemaran ketika bersahur, Erwin berkata, dia lebih gemar bersahur secara sederhana dengan hanya memakan oat yang dikisar bersama kurma.


Ujar pemilik nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson itu, pengambilan makanan sihat seperti itu mampu membuatkannya bertahan hingga sampai waktu berbuka.

“Sudah dua tahun saya mengamalkan diet sedemikian untuk sahur. Bergantung kepada kitalah sebanyak mana mahu meletakkan kurma. Kadang-kadang, saya campur oat dengan madu.

“Selain mengenyangkan, perut yang selesa mampu memberikan tenaga sekali gus memudahkan kita untuk beribadat,” jelas Erwin lagi yang turut menghadiri kelas agama.

Pada masa sama, Erwin yang kini akrab dengan pelakon, Julia Farhana Marin, meluahkan rasa teruja diberi kepercayaan mengendalikan program bual bicara Feel Good Show, yang dianggapnya sebagai medan bagi melebarkan lagi bakat seninya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori